PERKAMPUNGAN PELANCONGAN NO 1 DI MALAYSIA

 

   Janda Baik Bersedia Memberikan Anda Inspirasi Dan Juga Pengalaman Yang Sangat Berharga Dan Bernilai Dalam Perjalanan Kehidupan Anda. Alamilah Sendiri Bila Anda Berkunjung Ke Sini. 


Mengenali Janda Baik 
Di teroka pada tahun 1932 selepas banjir besar  melanda seluruh negara pada tahun 1926.Tiga Haji sebagai tonggak utama membuka kampung :- Haji Deris, Haji Yasseh, Haji Kadir .Kampung didiami kebanyakkannya orang asli suku Temuan yang hidup secara primitif.Dapat nama dari kisah sepasang suami isteri orang asli yang berpisah dan berbaik semula (Janda Baik)


ikelilingi oleh hutan dara dan banjaran titiwangsa yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Mengambil masa 40 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Lumpur. Janda Baik adalah destinasi percutian anda dengan udara yang segar dan hutan yang menghijau pasti mendamaikan jiwa anda.

Dari percutian romantik bersama teman istimewa atau menghabiskan masa yang indah bersama keluarga sehinggalah mengaturkan majlis-majlis perkahwinan dan korporat. 

Bagi Pemancing....

Disinilah syurga minat anda.Janda Baik di kelilingi sungai yang mengalir dari gunung serta mempunyai pelbagai spesis ikan seperti tengas,manyir,ikan ubi,baung,tilan dan pelbagai lagi.Yang Istimewanya anda tidak akan pulang dengan tangan kosong!.

Bagi Pengembara Basikal

Lokasi jalan Janda Baik yang cukup selesa dan jauh dari hiruk pikuk kenderaan , memberikan anda pengalaman menyusuri kampung yang cukup indah tenang dan nyaman.

Peminat Alam Semula Jadi

Disinilah kekuatan serta tunggak kampung Janda Baik. Terdapat lebih dari 200 lokasi perkhemahan,sungai serta laluan untuk jungle trekking,air terjun.Yang Lebih istimewa anda boleh menikmati pemandangan 3 buah negeri (Pahang/Selangor & Negeri Sembilan ) dari gunung nuang.

Peminat Sukan Lasak

Sebuah trek Motocross bakal di bina di Janda Baik. Ia merupakan trek yang paling ekstrem di Malaysia. Nantikan Update kami seterusnya .

Di Janda Baik juga terdapat trek untuk MOUNTAIN BIKE bagi pengemar sukan berbasikal

Dengan variasi keindahan serta lokasi,,pastinya Janda Baik akan terus mengimbau memori setiap insan yang datang ke sini.

 

Selamat Datang. Welcome. Ahlan Wah Shalan. Huan Ying Tuan Ling.Warenga Waltekal

 Hakcipta Terpelihara Janda Baik.net